Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Isnin

30 Oktober 2017

2:22:56 PG
863383

Aktivis UK Jalan Kaki Ke Palestin, Bantah Deklarasi Balfour

Sekumpulan aktivis British berjalan kaki selama 174 hari atau 6 bulan dari United Kingdom ke Palestin untuk memohon maaf terhadap Deklarasi Balfour, yang membuka jalan bagi negara bangsa Yahudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan aktivis British berjalan kaki selama 174 hari atau 6 bulan dari United Kingdom ke Palestin untuk memohon maaf terhadap Deklarasi Balfour, yang membuka jalan bagi negara bangsa Yahudi.

Portal berita Al-Arabiya melaporkan sekumpulan individu yang terdiri lebih 100 aktivis itu melancarkan kempen menolak pendudukan Israel.

Mereka berjalan beribu-ribu km melalui 11 negara bagi mengisytihar bantahan mereka terhadap deklarasi yang genap 100 tahun pada 2 November ini.

Anggota sekretariat negara itu, Elias Dais menjelaskan sepanjang tahun mereka terserempak dengan kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama untuk meningkatkan kesedaran kesan buruk terhadap pendudukan Israel di bumi Palestin.

Bagaimanapun, penduduk kampung dan kanak-kanak mengalu-alukan kedatangan kumpulan aktivis itu.

Kerajaan Palestin mengancam membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa bagi mendakwa British jika negara itu bertegas mahu meraikan peristiwa tersebut tanpa memohon maaf kepada rakyatnya.

Deklarasi Balfour bertarikh 2 November 1917 merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain.

Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian.

Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917.

Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat “simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi.”

Kerajaan British terus memperingati Deklarasi Balfour sehingga hari ini.