Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 November 2017

7:32:12 PG
864241

Serbia Tolak Tekanan A.S Untuk Tamatkan Hubungan Dengan Rusia

Serbia menolak gesaan Amerika Syarikat untuk memilih di antara Rusia ataupun Barat di dalam melakar bentuk hubungan luarnya sambil berkata bahawa Belgrade mahu membina keseimbangan di dalam hubungan mereka dengan Rusia, China dan Barat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serbia menolak gesaan Amerika Syarikat untuk memilih di antara Rusia ataupun Barat di dalam melakar bentuk hubungan luarnya sambil berkata bahawa Belgrade mahu membina keseimbangan di dalam hubungan mereka dengan Rusia, China dan Barat.

Menteri Luar Serbia, Ivica Dacic pada hari Khamis berkata bahawa negaranya akan bertindak mengikut kepentingan nasional mereka.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respon terhadap gesaan daripada seorang diplomat kanan A,S yang berkata bahawa Serbia "tidak boleh duduk di atas dua buah kerusi di dalam masa yang sama."

"Setiap negara perlu memilih haluan mereka sendiri tanpa mengira betapa sukarnya perkara itu. Mereka perlu membuat pilihan strategik tersebut yang kemudiannya akan menjadi polisi rasmi mereka," kata Pembantu Setiausaha Jabatan Negara A.S bagi perihal Eropah dan Eurasia, Hoyt Brian Yee.

Yee berkata bahawa "Rusia memiliki tanggapan berbeza berhubung Balkan berbanding visi Eropah ke atas kawasan itu."

Menurut beliau, mana-mana negara yang mahu menyertai Kesatuan Eropah (EU) perlu mengambil keputusan yang jelas.

Serbia sebelum ini bertindak untuk memperbaiki hubungannya dengan Rusia dan dalam masa yang sama mereka juga berusaha untuk memperolehi keanggotan di dalam EU sejak tahun 2012.

Kenyataan Yee mencetuskan kemarahan di Serbia dengan pelbagai parti politik berkata bahawa Washington telah melakukan campur tangan di dalam urusan dalaman negara itu.

Ketua pasukan rundingan dengan EU Serbia, Tanja Miscevic di dalam responnya terhadap kenyataan Yee berkata bahawa negaranya tidak "duduk di atas dua kerusi" kerana mereka mempunyai visi politik dan orientasi strategik yang jelas terhadap EU.

Menteri Pertahanan Serbia Aleksander Vulin juga berkata bahawa tekanan A.S dalam memaksa negara itu memilih pihak merupakan sebuah "beban awam yang terberat" sambil menyifatkannya sebagai "tekanan yang tidak diplomatik ke atas negara kami."

Menurut anggota kabinet Serbia, Barat sebelum ini secara rahsia telah menekan kerajaan Serbia untuk menamatkan hubungan mereka dengan Moscow dan mnyertai Barat di dalam mengenakan sekatan ke atas Rusia. -ABNA24

/315