Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 November 2017

8:10:28 PG
864243

Akaun Twitter Trump Terpadam Selama 11 Minit

Akaun Twitter peribadi milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump 'hilang' selama 11 minit daripada laman sesawang sosial itu pada hari Khamis sebelum kembali aktif di dalam talian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Akaun Twitter peribadi milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump 'hilang' selama 11 minit daripada laman sesawang sosial itu pada hari Khamis sebelum kembali aktif di dalam talian.

Di dalam beberapa 'tweet' yang dimuat naik oleh pasukan Kerajaan dan Pilihan Raya Twitter, syarikat tersebut pada awalnya menisbatkan kegagalan itu kepada 'kesalahan manusia' sebelum mengalihkan perkara itu kepada seorang pekerjanya yang menggunakan hari terkahirnya di syarikat tersebut untuk menyahaktifkan akaun Presiden A.S itu.

Syarikat itu berkata bahawa akuan tersebut dikeluarkan daripada talian selama 11 minit sebelum dipulihkan semula sambil menegaskan bahawa semakan dalaman yang menyeluruh sedang dijalankan berhubung insiden itu.

Sepanjang tempoh itu, para pengguna Twitter -yang tertanya-tanya berkenaan akaun Twitter Trump- sempat berjenaka dengan mengatakan bahawa Presiden A.S telah disekat daripada menggunakan platform tersebut.

Trump ketika kempen pilihan raya presiden dan sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden A.S telah menggunakan platform jaringan media sosial itu untuk meluahkan pendapat, mengutuk lawannya dan terkadang beliau juga mengumumkan beberapa polisi pentingnya di laman itu.

Bancian pendapat juga menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi merasakan bahawa Trump telah menggunakan media sosial secara keterlaluan.

Menurut bancian yang dianjurkan oleh Politico and Morning Consult, 69 peratus pengundi berkata bahawa Trump menggunakan Twitter secara keterlaluan dan 59 peratus daripada mereka berpendapat bahawa penggunaan lama itu oleh Presiden A.S adalah sebuah perkara yang "buruk." -ABNA24

/315