Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 November 2017

11:43:43 PG
864279

Presiden Republik Czech Kecam Sekatan EU, Gelar Tindakan Itu Hipokrit

Presiden Republik Czech, Milos Zeman mengkritik pendekatan sekatan ekonomi yang diguna pakai oleh Kesatuan Eropah dalam berhadapan dengan Rusia sambil memanggilnya sebagai sebuah langkah hipokrit yang turut menunjukkan sikap ragu Brussel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Czech, Milos Zeman mengkritik pendekatan sekatan ekonomi yang diguna pakai oleh Kesatuan Eropah dalam berhadapan dengan Rusia sambil memanggilnya sebagai sebuah langkah hipokrit yang turut menunjukkan sikap ragu Brussel.

"Saya menegaskan bahwa keputusan Kesatuan Eropah untuk mengumumkan sekatan anti-Rusia adalah sebuah tindakan yang benar-benar bodoh untuk dilaksanakan. Pada ketika ini, terdapat beberapa ahli politik Eropah memiliki pendirian yang sama berhubung perkara ini," tambah beliau seperti yang dilaporkan oleh agensi berita TASS pada hari Jumaat (3/11/2017).

"Amerika Syarikat juga memperkenalkan sekatan mereka sendiri terhadap Rusia dan sekatan itu jelas bertentangan dengan kepentingan tenaga Eropah. Oleh kerana itu, EU membantah sekatan tersebut," tegas Zeman.

"Bukankah perkara ini jelas kelihatan hipokrit? Mari kita sama-sama menamatkan sekatan ini," ujarnya.

Kesatuan Eropah mengenakan sekatan terhadap Rusia pada tahun 2014 dan sudah beberapa kali melanjutkan tempoh sekatan itu. Di dalam kesempatan lain, EU juga memperluaskan sekatannya ke atas Rusia.

Moscow sebagai respon terhadap tindakan EU dan A.S turut memperkenalkan sekatan balik yang menjejaskan ekonomi kedua-dua belah pihak. -ABNA24

/315