Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 November 2017

11:49:09 PG
864280

Tiada Sebab Untuk Beri Suaka Kepada Bekas Pemimpin Catalonia: Menteri Belgium

Bekas pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont yang sebelum ini lari ke Belgium selepas waran tangkap Eropah dikeluarkan terhadap dirinya dan empat individu yang lain daripada kabinetnya berhubung dakwaan menghasut dan menyalahgunakan dana awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont yang sebelum ini lari ke Belgium selepas waran tangkap Eropah dikeluarkan terhadap dirinya dan empat individu yang lain daripada kabinetnya berhubung dakwaan menghasut dan menyalahgunakan dana awam.

Menteri Tenaga, Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan Belgium, Marie-Christine Marghem telah menolak sebarang kemungkinan bahawa negaranya akan memberikan suaka kepada Carles Puigdemont memandangkan tidak wujud sebarang bahaya kepada nyawanya mahupun alasan lain. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa isu memberikan suaka kepada bekas pemimpin Catalan itu akan dikaji oleh mahkamah jikalau permohonan telah difail oleh Puidgemont.

Carles Puigdemont pada hari Khamis gagal untuk hadir di Mahkamah Kebangsaan Sepanyol untuk menjawab soalan daripada pihak pendakwa raya yang telah memulakan kes pemberontakan ke atasnya. Hakim Sepanyol pada ketika ini sedang memikirkan kemungkinan untuk mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atasnya.

Peguam Puidgemont yang berasal dari Belgium pula berkata anak guamnya akan menentang ekstradisi terhadap dirinya tanpa mencari suaka. -ABNA24

/315