Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

8 November 2017

2:37:17 PG
865373

Imam Besar Al-Azhar Bertemu Pope

Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, antara institusi Islam tersohor dunia, bertemu Pope Francis, di sini, semalam dan bertekad memperkukuh kerjasama bagi memerangi keganasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, antara institusi Islam tersohor dunia, bertemu Pope Francis, di sini, semalam dan bertekad memperkukuh kerjasama bagi memerangi keganasan.

Sebelum ini, pemimpin agama bagi hampir 1.3 bilion penganut Kristian itu adalah Pope pertama yang melawat ibu pejabat Al-Azhar pada April lalu.

Sejurus selepas pertemuan itu, Ahmed berkata, Islam turut berhadapan dengan 'jihad terhadap diri sendiri' dan mengakui penganut agama berkenaan turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan.

"Ia adalah kanser yang sudah merebak ke banyak bahagian di dunia dan Al-Azhar sebagai institusi keagamaan tertinggi di Mesir menawarkan sumber serta sumbangan demi mencari jalan penyelesaian terhadap keganasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi mesyuarat anjuran Sant'Egidio, iaitu komuniti Kristian yang diiktiraf secara rasmi oleh Vatican City.

Ahmed berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa isu yang menghantui dunia ketika ini dan mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan penderitaan rakyat. - AFP