Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Rabu

22 November 2017

7:18:12 PTG
868538

Mugabe Akhirnya Mengalah

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletak jawatan sekali gus mengakhiri era pemerintahannya sejak negara itu merdeka, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletak jawatan sekali gus mengakhiri era pemerintahannya sejak negara itu merdeka, lapor agensi berita China Xinhua.

“Saya, Robert Gabriel Mugabe, berdasarkan Seksyen 96 subseksyen 1 Perlembagaan Zimbabwe, dengan ini secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Presiden Zimbabwe dengan serta-merta,” kata Mugabe dalam surat peletakan jawatannya di Harare, semalam.

Katanya, “Keputusan untuk meletak jawatan adalah secara sukarela kerana prihatin dengan kebajikan rakyat Zimbabwe dan keinginan untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, aman dan tidak ganas.”

Peletakan jawatan Mugabe, 93, diumumkan pada Selasa oleh Speaker Parlimen, Jacob Mudenda semasa sidang Parlimen yang membahaskan prosiding pemecatan beliau.

Mudenda, kemudian mengumumkan penggantungan perbahasan dan akan segera menjalankan proses undang-undang untuk melantik presiden negara yang baru, selewat-lewatnya pada Rabu.