Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Sabtu

25 November 2017

4:06:25 PTG
869014

Mnangagwa Janji Perangi Rasuah

Emmerson Mnangagwa - lelaki digelar ‘Sang Buaya’ - mengangkat sumpah sebagai presiden baru Zimbabwe dengan berjanji memperbaiki ekonomi serta memerangi rasuah, seterusnya menutup drama politik yang melihat kejatuhan bekas pemimpin Robert Mugabe di tangan tentera, minggu lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Emmerson Mnangagwa - lelaki digelar ‘Sang Buaya’ - mengangkat sumpah sebagai presiden baru Zimbabwe dengan berjanji memperbaiki ekonomi serta memerangi rasuah, seterusnya menutup drama politik yang melihat kejatuhan bekas pemimpin Robert Mugabe di tangan tentera, minggu lalu.

Mnangagwa juga menjanjikan pampasan untuk petani yang tanah mereka dirampas hasil program pengagihan semula tanah Mugabe.

“Semua perbuatan rasuah mesti dihentikan segera. Keadilan akan dilaksanakan,” katanya.

Dia turut menjanjikan kerja untuk golongan muda selain mengurangkan kadar kemiskinan Zimbabwe.

Mnangagwa, 75, yang sebelum ini antara penyokong kuat Mugabe, mengangkat sumpah di stadium sukan kebangsaan Harare dengan penembak hendap turut mengawal keselamatan.

“Kami teruja dan mempunyai harapan tinggi untuk Mnangagwa selepas sekian lama diperintah diktator.

“Mugabe terlalu tua, kami tidak mengharapkan dia dihukum. Bagaimana untuk menghukum seorang yang berusia 93 tahun? Tetapi isterinya dan orang lain mesti didakwa jika melakukan jenayah,” kata Sharon Mauyakufa, 23.

Mugabe yang memerintah negara di selatan Afrika itu sejak 37 tahun lalu meletak jawatan selepas campur tangan tentera, minggu lalu.

Mngangagwa, digelar ‘Sang Buaya’ kerana dikaitkan dengan pembunuhan etnik beramai-ramai pada 1980-an - dilaporkan memberi jaminan terhadap keselamatan dan kebajikan Mugabe sekeluarga untuk meletak jawatan.