Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

29 November 2017

5:28:16 PTG
869913

Pesalah Perang Bosnia Minum Racun

Komander pasukan perang Bosnia Croatia, Slobodan Praljak maut selepas meminum racun, sejurus selepas hakim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menolak rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara 20 tahun, susulan jenayah perang ke atas masyarakat Islam Bosnia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Komander pasukan perang Bosnia Croatia, Slobodan Praljak maut selepas meminum racun, sejurus selepas hakim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menolak rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara 20 tahun, susulan jenayah perang ke atas masyarakat Islam Bosnia.

Stesen televisyen tempatan Croatia melaporkan, sumber yang rapat dengan Praljak memberitahu bahawa beliau meninggal dunia di hospital The Hague.

Kejadian itu berlaku pada saat-saat terakhir ketika hukuman dijatuhkan.

Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1993 akan berhenti operasi bulan depan, sebaik sahaja mandat diberikan tamat tempoh. - Reuters