Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

30 November 2017

5:28:33 PTG
870167

Britain Sokong JCPOA: PM Britain

Perdana Menteri Britain, Theresa May telah mengesahkan semula sokongan pentadbirannya ke atas perjanjian nuklear di antara Iran dengan enam buah kuasa besar dunia di sebalik retorik keras daripada pentadbiran Rumah Putih yang mengancam untuk menamatkannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May telah mengesahkan semula sokongan pentadbirannya ke atas perjanjian nuklear di antara Iran dengan enam buah kuasa besar dunia di sebalik retorik keras daripada pentadbiran Rumah Putih yang mengancam untuk menamatkannya.

"Kita perlu mengekalkan pendirian kita berhubung sokongan ke atas... perjanjian itu," katanya kepada wartawan di ibu kota Jordan, Amman pada hari Khamis. Perdana Menteri Britain itu sebelum ini telah melawat Iraq dan Arab Saudi di dalam lawatannya ke Timur Tengah.

"Perjanjian itu adalah hasil daripada diplomasi selama 13 tahun dan merupakan sebuah langkah ke hadapan di dalam memastikan bahawa program nuklear Iran tidak akan tercapah kepada tujuan ketenteraan," tambah May yang dengan jelas merujuk kepada perjanjian yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensi Bersama (JCPOA).

May bertemu dengan Raja Jordan, Abdullah II sebelum berunding dengan rakan sejawatnya dari negara Arab itu, Hani al-Mulki pada hari yang sama.

Iran dan lima ahli tetap Majlis Keselamatan PBB serta Jerman menandatangani perjanjian nuklear bersejarah itu pada Julai 2015 dan mula mengimplementasikannya pada Januari 2016.

Di bawah perjanjian itu, Iran bersetuju untuk menghadkan program nuklearnya dan sebagai ganti, negara-negara kumpulan P5+1 itu bersetuju untuk menamatkan segala sekatan berkaitan program nuklear Tehran yang sebelum ini diperkenalkan oleh mereka.

Sebanyak lapan laporan daripada IAEA setakat ini telah mengesahkan komitmen Iran terhadap perjanjian itu.

Akan tetapi, Presiden A.S, Donald Trump pada Oktober lepas enggan untuk mengesahkan dokumen yang menunjukkan kepatuhan Tehran terhadap JCPOA dan turut mengancam untuk menamatkannya.

Kini Kongres A.S memiliki tempoh sehingga pertengahan Disember untuk mempertimbangkan sama ada untuk memperkenalkan semula sekatan ke atas Iran atau tidak berdasarkan keengganan Trump untuk mengesahkan kepatuhan Tehran. -ABNA24

/315