Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

5 Januari 2018

1:22:58 PTG
875848

A.S Rancang Plot Ke Atas Turki: Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Amerika Syarikat yang menyabitkan seorang pengurus bank terkemuka negara itu di A.S sambil menuduh bahawa Washington sedang merencanakan beberapa "plot" ke atas Ankara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Amerika Syarikat yang menyabitkan seorang pengurus bank terkemuka negara itu di A.S sambil menuduh bahawa Washington sedang merencanakan beberapa "plot" ke atas Ankara.

Sebuah mahkamah persekutuan A.S pada hari Rabu menyabitkan seorang eksekutif yang bekerja dengan bank milik negara Turki, Halkbank kerana tindakan mengelakkan sekatan ekonomi ke atas Iran.

"Jika inilah pemahaman A.S berhubung keadilan, maka dunia kini berada di dalam azab. Pemahaman sedemikian berhubung keadilan tidak sepatutnya berlaku," kata Erdogan kepada para pemberita di Istanbul pada hari Jumaat.

Presiden Turki menggelar kes Mehmet Hakan Atilla penuh dengan "kontradiksi."

Kerajaan Turki berkata kes tersebut dibina berasaskan bukti yang dibuat-buat dan dipengaruhi oleh ulama Turki yang berpusat di A.S, Fethullah Gulen. Erdogan dan kerajaannya sebelum ini menuduh Gulen sebagai perancang utama percubaan rampasan kuasa di Turki.

Di dalam kenyataan beliau pada hari Jumaat, Presiden Erdogan berkata bahawa plot A.S ke atas Turki jauh melangkaui isu perundangan.

"Amerika Syarikat sedang melancarkan... beberapa plot dan perkara ini bukan sahaja terkait dengan isu perundangan. Akan tetapi, ia merangkumi plot ke atas ekonomi (negara)," kata Erdogan. -ABNA24