Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Jumaat

12 Januari 2018

4:13:55 PTG
877060

Trump Guna Bahasa Kasar Hina Haiti, Negara Afrika

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempersoalkan mengapa mereka mahu menerima pendatang dari Haiti dan negara Afrika yang digelarnya “negara lubang tahi”, menurut 2 sumber yang biasa dengan kenyataan tersebut.

AGensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempersoalkan mengapa mereka mahu menerima pendatang dari Haiti dan negara Afrika yang digelarnya “negara lubang tahi”, menurut 2 sumber yang biasa dengan kenyataan tersebut.

Trump berkata demikian di White House selepas Senator Demokrat, Dick Durbin dan Senator Republikan, Lindsey Graham memberi taklimat kepadanya mengenai rang undang-undang imigrasi baru digubal, yang disokong sekumpulan senator dwipartisan, menurut sumber yang tidak mahu dinamakan.

Sumber itu berkata, pegawai kerajaan lain turut hadir ketika perbincangan itu diadakan.

Penggubal undang-undang menjelaskan bagaimana program imigresen tertentu berfungsi, termasuk memberi perlindungan kepada rakyat dari negara dilanda bencana alam atau perang saudara.

Salah satu sumber yang mendengar taklimat dalam perbincangan itu memberitahu Trump berkata, “Kenapa kita perlukan semua orang dari Afrika di sini? Mereka negara lubang tahi…Kita sepatutnya mempunyai lebih ramai orang dari Norway.”

Sumber ke-2 yang biasa dengan perbincangan itu berkata, Trump juga mempersoalkan keperluan warga Haiti di AS.

Program itu dikenali sebagai Status Perlindungan Sementara (TPS). Trump bertindak menamatkan status pendatang dari El Salvador yang boleh menyebabkan 200,000 warga Salvador dan negara lain yang tinggal secara sah di AS, diusir.

Rancangan Senat dwipartisan cuba mengekalkan TPS bagi menggantikan atau menukar program loteri “kepelbagaian” yang bertujuan membenarkan sehingga 50,000 orang dari negara dengan hanya jumlah kecil imigran ke AS setahun.

Ditanya mengenai sindiran Trump, jurucakap White House, Raj Shah berkata: “Sesetengah ahli politik Washington memilih berjuang untuk negara asing, tetapi Presiden Trump sentiasa berjuang untuk rakyat AS.”

“Seperti negara lain yang mempunyai imigresen berasaskan merit, Presiden Trump berjuang untuk penyelesaian kekal dalam menjadikan negara kita lebih kuat dengan mengalu-alukan mereka yang boleh menyumbang kepada masyarakat kita, mengembangkan ekonomi dan menyesuaikan diri dalam negara hebat kita,” kata Shah.

Satu lagi sumber yang biasa dengan mesyuarat itu berkata, Trump mempersoalkan mengapa AS perlu mengambil buruh asing tidak mahir dari negara yang dibincangkan, sebaliknya mengalu-alukan pendatang dari negara yang menawarkan pekerja mahir.

Sumber itu berkata, Trump tidak berniat menghina.