Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

12 Januari 2018

4:40:01 PTG
877066

Trump Akan Buat Keputusan Berhubung Kepatuhan Iran Terhadap JCPOA

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan sama ada dia akan mengesahkan komitmen Iran ke atas perjanjian nuklear antarabangsa 2015 atau tidak. Pengumuman itu dijangka akan dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan dengan tarikh akhir yang ditentukan oleh undang-undang dalaman A.S sendiri.

AGensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan sama ada dia akan mengesahkan komitmen Iran ke atas perjanjian nuklear antarabangsa 2015 atau tidak. Pengumuman itu dijangka akan dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan dengan tarikh akhir yang ditentukan oleh undang-undang dalaman A.S sendiri.

Pelbagai laporan yang menyebut sumber yang berpengalaman dengan tindak-tanduk Presiden A.S itu mengatakan bahawa beliau akan mengesahkan kepatuhan Iran terhadap perjanjian yang turut dikenali sebagai JCPOA. Keputusan sedemikian akan membolehkan Kongres untuk terus menggantung sekatan yang sebelumm ini dikenakan ke atas Tehran berikutan pogram nuklear mereka.

Pada hari Jumaat, Reuters mengutip sumber tersebut yang mengatakan bahawa presiden Amerika Syarikat akan terus menggantung sekatan berkaitan sekaligus membiarkan JCPOA untuk terus kekal buat masa ini. -ABNA24