Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

15 Januari 2018

4:43:25 PTG
877554

Lelaki Bersenjata Serang Lapangan Terbang Tripoli

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga, di sini menyebabkan sembilan orang maut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga yang terletak di Tripoli sekaligus menyebabkan sembilan orang maut.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, lima mangsa diisytihar meninggal dunia di Hospital Mitiga, manakala empat lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Pembedahan Jantung di Tajura.

"Jumlah mangsa yang cedera akan diumumkan nanti," kata kementerian itu dalam satu mesej yang dimuat naik di Facebook.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku di dalam kawasan lapangan terbang berkenaan susulan tindakan penyerang yang mahu membebaskan rakan mereka daripada ditahan di penjara premis terbabit.

Menurut kementerian itu, identiti mangsa yang maut masih tidak diketahui. - AFP