Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

11 Februari 2018

4:15:02 PTG
881562

16 Militan Maut Dalam Operasi Sinai 2018

Tentera Mesir membunuh 16 militan dan menahan 34 yang lain sejak 'Operasi Sinai 2018' bermula Jumaat lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Mesir membunuh 16 militan dan menahan 34 yang lain sejak 'Operasi Sinai 2018' bermula Jumaat lalu.

Pasukan keselamatan menyerang Semenanjung Sinai, kubu pemberontak militan Daesh sebelum pilihan raya bulan depan yang menyaksikan Presiden Abdel Fattah al-Sisi bertanding.

Turut menjadi sasaran tentera udara dan laut Mesir adalah kawasan militan di Delta Nil dan barat padang pasir dekat sempadan Libya.

Jurucakap tentera, Tamer al-Rifai berkata, 16 anggota militan dibunuh dan 34 lagi ditahan ketika serang hendap dilakukan di utara dan tengah Sinai.

"Tentera memusnahkan 66 tempat persembunyian militan, 11 pikap dan 31 buah motosikal," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tentera turut menjumpai dan memusnahkan makmal bahan letupan serta pusat komunikasi, termasuk enam tempat simpanan ganja dan candu.

Pasukan keselamatan Mesir meningkatkan serangan ke atas militan sejak tentera merampas kuasa daripada bekas presiden, Mohamed Morsi, pada 2013.

Pada November lalu, Sisi mengarahkan ketua turus kakitangan tentera melancarkan operasi menghapuskan kubu militan di Sinai dalam tempoh tiga bulan selepas insiden serangan masjid menyaksikan lebih 300 maut.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - AF