Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Isnin

19 Februari 2018

4:36:30 PTG
882620

Trump Salahkan FBI

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan Biro Penyiasatan Awam (FBI) dan penggubal undang-undang kerana gagal mengesan petunjuk serangan tembakan rambang di sebuah sekolah di Parkland, minggu lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan Biro Penyiasatan Awam (FBI) dan penggubal undang-undang kerana gagal mengesan petunjuk serangan tembakan rambang di sebuah sekolah di Parkland, minggu lalu.

FBI pada Jumaat lalu mengakui pihaknya gagal bertindak berdasarkan maklumat awal berhubung seorang remaja yang dituduh membunuh 17 orang di Sekolah Tinggi Marjory Stone Douglas, kira-kira 72 kilometer di utara Miami.

Menurut Trump, kecuaian itu berpunca daripada sikap FBI yang terlalu memberi tumpuan terhadap siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016.

"Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila FBI terlepas semua petunjuk serangan di sebuah sekolah di Florida. Perkara seperti ini tidak boleh diterima.

"Mereka (FBI) sebaliknya menghabiskan banyak masa untuk membuktikan campur tangan Rusia dengan kempen pilihan raya Trump," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter miliknya.

Trump bagaimanapun tidak memberi sebarang bukti bagi mengukuhkan dakwaannya.

Sementara itu, pelajar yang terselamat dalam tragedi tersebut menempelak Trump kerana cuba mengalihkan tumpuan awam berhubung isu pemilikan senjata api di AS.

"Trump sudah hilang akal. Tahukah dia bahawa 17 rakan sekelas saya mati dalam serangan minggu lalu?

"Selepas apa yang berlaku, dia berani mengatakan bahawa pihak berkuasa cuai kerana terlalu memberi tumpuan terhadap Rusia.

"Tuan presiden, mana sikap belas kasihan kamu," kata Morgan Williams.

Dalam pada itu, beberapa penggubal undang-undang tidak bersetuju dengan kenyataan Trump dan menganggap ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

"Presiden Trump menggunakan tragedi di Parkland sebagai alat untuk menyerang siasatan campur tangan asing di negara ini. Ia tindakan yang amat memalukan," kata bekas pemangku Peguam Negara, Sally Yates. - Reuters