Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Rabu

21 Februari 2018

5:06:36 PTG
882899

Ketika Pelajar Terbunuh Disemadi, Trump Main Golf?

Sebuah akhbar Amerika Syarikat menyiarkan gambar Presiden Donald Trump sedang bermain golf di sebuah padang golf tidak jauh daripada acara pengebumian untuk mangsa tembakan di sebuah sekolah tinggi di Florida.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah akhbar Amerika Syarikat menyiarkan gambar Presiden Donald Trump sedang bermain golf di sebuah padang golf tidak jauh daripada acara pengebumian untuk mangsa tembakan di sebuah sekolah tinggi di Florida.

Akhbar New York Daily News menerbitkan Trump menunjukkan isyarat tangan tanda bagus bersebelahan gambar yang menunjukkan beberapa orang sedang mengusung jenazah salah seorang mangsa insiden itu.

Menurut laporan, Trump berkunjung ke padang miliknya di Pantai West Palm pada Isnin, namun tiada kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih mengenai aktiviti beliau di sana, termasuk keluar bermain golf.

Seorang jurucakap berkata Trump tidak bermain golf pada hujung minggu lalu.

Jumaat lalu, 17 pelajar Sekolah Tinggi Stoneman Douglas di Parkland terbunuh dalam insiden tembakan rampang yang terbaharu di negara itu.

Majlis pengebumian diadakan pada cuti hujung minggu dan Isnin.

Trump sebelum ini melawat mangsa yang cedera.