Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

21 Februari 2018

5:12:04 PTG
882900

May Mahu Warga EU Kekal Di Britain Selepas Brexit

Perdana Menteri Britain, Theresa May mahu semua warga Kesatuan Eropah (EU) yang menetap secara sah di Britain untuk terus kekal di negara ini selepas pelaksanaan Brexit pada 2019.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May mahu semua warga Kesatuan Eropah (EU) yang menetap secara sah di Britain untuk terus kekal di negara ini selepas pelaksanaan Brexit pada 2019.

Beliau turut berjanji akan mewujudkan sistem penyelarasan pendaftaran bagi membolehkan mereka terus menetap di Britain.


"Mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara kita sebab itu kita mahu mereka dan keluarga mereka untuk terus menetap di negara ini."

"Saya akan memastikan warga EU yang menetap di negara ini secara sah boleh terus kekal," katanya di Parlimen. - Reuters