Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

3 Mac 2018

4:36:04 PTG
884255

A.S Mahu Kelilingi Rusia Dengan Peluru Berpandu

Seorang pegawai di Kementerian Pertahanan Rusia mengatakan Amerika Syarikat merancang untuk menempatkan 400 peluru berpandu anti-balistik berhampiran dengan negaranya sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai di Kementerian Pertahanan Rusia mengatakan Amerika Syarikat merancang untuk menempatkan 400 peluru berpandu anti-balistik berhampiran dengan negaranya sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur.

"Usaha berskala besar sedang dijalankan untuk mengelilingi Rusia dengan perisai yang terdiri daripada sistem anti-peluru berpandu. Tapak sistem pertahanan anti-peluru berpandu setakat ini telahpun ditempatkan di California dan Alaska," kata Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin pada hari Jumaat kepada saluran TV, Rusia 24.

"Secara keseluruhan, sekitar 400 peluru berpandu anti-balistik akan ditempatkan yang mana tindakan itu akan mengurangkan kemampuan sistem penghalang nuklear Rusia secara ketara," kata Fomin sambil menambah bahawa "tapak pertahanan anti-peluru berpandu di Jepun dan Korea Selatan akan turut menyertai menyertai rangkaian sistem tersebut."

Washington telah lama mengukuhkan perisai anti peluru berpandu di benua Eropah.

Tahun lepas, A.S buat kali pertama menempatkan peluru berpandu anti-pesawat, Patriot ke Baltik untuk digunakan di dalam latihan tentera berskala besar NATO di Lithuania yang terletak berhampiran sempadan Rusia.

Naib Presiden A.S, Mike Pence pada bulan Julai lepas turut memberika isyarat bahawa negaranya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengerahkan sistem Patriot ke negara Estonia.

Poland pula baru-baru ini berjaya memetera perjanjian bernilai $ 10.5 bilion dengan Washington untuk membeli 208 buah peluru berpandu Patriot (PAC-3) berserta dengan 16 pelancar dan empat buah radar.

Mengulas mengenai pergerakan pasukan AS, Fomin berkata bahawa mereka telah lama mengamalkan taktik penempatan di seberang laut dan telahpun membina "rizab logistik yang mencukupi untuk menampung penempatan pantas yang melibatkan kumpulan tambahan sehingga 300,000 tentera."

Amerika Syarikat telah mengerahkan beberapa kontinjen sejak penyatuan semula Crimea dengan Rusia berikutan referendum Mac 2014. Pengerahan A.S telah diperkukuhkan dengan empat kumpulan tempur NATO yang merangkumi lebih daripada 1,000 anggota tentera.