Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

7 Mac 2018

4:25:52 PTG
884806

Serangan Ke Atas Rusia Adalah Malapetaka Ke Atas Kemanusiaan

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk "memusnahkan" Rusia akan memicu respon daripada Moscow yang akan hanya membawa "malapetaka bagi umat manusia."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk "memusnahkan" Rusia akan memicu respon daripada Moscow yang akan hanya membawa "malapetaka bagi umat manusia."

Bercakap dengan televisyen Rusia dalam sebuah temu bual pada hari Rabu, Putin berkata negaranya akan membalas sebarang serangan terhadap kedaulatan negaranya.

"Jika seseorang membuat keputusan untuk memusnahkan Rusia, maka kita mempunyai hak yang sah untuk bertindak balas," tegasnya. "Ya, ini bermakna malapetaka global bagi manusia, untuk seluruh dunia. Tetapi sebagai seorang warganegara Rusia dan ketua negara Rusia saya akan bertanya: Tanpa Rusia, apa yang akan berlaku ke atas dunia?"

Pemimpin Rusia menjelaskan bahawa Rusia tidak akan menggunakan senjata nuklear terhadap negara-negara lain kecuali ia diserang dengan senjata tersebut.

"Keputusan untuk menggunakan senjata nuklear hanya boleh diambil jika sistem amaran awal kami bukan sahaja mengesan pelancaran peluru berpandu tetapi dengan jelas meramalkan laluan penerbangannya dan masa yang diambil untuk peledaknya tiba di wilayah Rusia," kata Putin.

Amaran keras tersebut datang seminggu selepas Putin mempamerkan senjata strategik baru Rusia termasuk kapal selam bertenaga nuklear, peluru berpandu balistik antara benua besar (ICBM) dengan peledak nuklearr, peluru berpandu hypersonik, peluru berpandu dan senjata laser berpusat di bumi yang sudahpun memasuki perkhidmatan di dalam tentera negara itu.

Beliau berkata bahawa senjata baru itu dibangunkan sebagai tindak balas terhadap pelanggaran Washington ke atas Perjanjian Peluru Berpandu Anti-Balistik 1972 yang ditandatangani di antara A.S dan Kesatuan Soviet untuk menghadkan penggunaan sistem pertahanan peluru berpandu.

Putin berkata Washington secara sepihak menarik diri dari perjanjian di bawah bekas Presiden George W. Bush untuk memajukan teknologi peluru berpandunya. Akan tetapi, Moscow telah berjaya memastikan bahawa senjata strategiknya dapat mengatasi sistem moden Pentagon.

Putin Puji Trump, Kata Amerika Syarikat 'Memakan Diri'

Di bahagian lain ucapannya, Putin memuji Trump sebagai pemimpin yang "seimbang". Akan tetapi, beliau turut menyatakan kekecewaannya dengan sistem politik Amerika.

Pemimpin Rusia itu turut berkata bahawa rakan sejawatnya di Amerika Syarikat telan memberikan "gambaran yang baik" kepadanya di dalam mesyuarat yang disertai kedua-dua pihak sepanjang tahun lepas.


"Beliau boleh dibawa berunding dalam rangka mencari kompromi," kata Putin sambil menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang "kekecewaan" dengan presiden Amerika Syarikat itu.

Putin kemudiannya menyuarakan kekecewaan dengan sistem politik di Amerika Syarikat, yang katanya "telah menunjukkan ketidakcekapannya dan terlalu memanjakan diri mereka."

"Agak sukar untuk berkomunikasi dengan sistem sedemikian, kerana ia tidak dapat diramalkan," kata presiden Rusia itu.

Ditanya berhubung ketegangan di dalam hubungan di antara Rusia dan negara Barat, Putin menuduh kuasa barat sibuk merancang plot untuk membendung dan melemahkan Rusia.

"Kami adalah kuasa yang hebat, dan tiada siapa yang sukakan persaingan," katanya.

Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya telah lama bertembung dengan Rusia di dalam pelbagai isu dengan menggunakan ekonomi dan politik dalam rangka membendung pengaruh Moscow di Timur Tengah serta Eropah Timur.