Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

13 Mac 2018

4:22:31 PTG
885577

Trump Umum Pengunduran Rex Tillerson

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mengumumkan pengunduran diplomat kanannya, Rex Tillerson yang akan digantikan oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mengumumkan pengunduran diplomat kanannya, Rex Tillerson yang akan digantikan oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.

"Pengarah CIA, Mike Pompeo akan menjadi Setiausaha Negara kita yang baru. Dia akan melakukan kerja yang

hebat!" kata Trump di twitter.

"Terima kasih kepada Rex Tillerson di atas perkhidmatannya!" Tambahnya.

Presiden AS turut mengumumkan pelantikan Gina Haspel untuk mengetuai CIA, wanita pertama memegang jawatan itu. - AFP