Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Selasa

13 Mac 2018

4:28:44 PTG
885579

Rusia Nafi Racun Ejen Di Britain

Rusia menafikan peranannya sebagai dalang yang meracun bekas ejen negaranya di Britain, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia menafikan peranannya sebagai dalang yang meracun bekas ejen negaranya di Britain, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan, Rusia tidak bersalah dalam hal ini.

Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta Kesatuan Eropah (EU) menyokong kenyataan Britain bahawa Rusia merupakan dalang dalam jenayah tersebut.

Menurut Lavrov, Rusia telah bersedia untuk bekerjasama namun Britain menolak untuk memberi contoh agen saraf yang dikatakan digunakan terhadap Skripal dan Yulia.

Skripal, 66 dan Yulia, 33, kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital selepas didapati tidak sedarkan diri di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury. - AFP