Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Khamis

15 Mac 2018

6:50:07 PTG
885867

Serangan Agen Saraf Novichok : Rusia Nafi Terlibat

Moscow kelmarin memberi amaran akan bertindak balas jika Britain mengumumkan sekatan atau melancarkan serangan siber ke atas negara itu susulan insiden bekas perisik Moscow diracun dengan agen saraf pada 4 Mac lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Moscow kelmarin memberi amaran akan bertindak balas jika Britain mengumumkan sekatan atau melancarkan serangan siber ke atas negara itu susulan insiden bekas perisik Moscow diracun dengan agen saraf pada 4 Mac lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri Theresa May mendakwa Rusia berkemungkinan besar dalang di sebalik serangan menggunakan agen saraf Novichok dan beliau turut memberi tempoh kepada Kremlin untuk memberi jawapan tentang insiden terbabit.

Menteri Luar, Sergei Lavrov menegaskan Moscow tidak bersalah dan ia bersedia bekerjasama dengan London, namun Britain didakwa menolak untuk memberi sampel agen saraf tersebut.

Krisis diplomatik itu semakin meningkat selepas Rusia mengancam untuk menyekat kesemua media Britain jika pihak berkuasa London mengharamkan stesen penyiar RT yang disokong Kremlin.

Difahamkan, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Kesatuan Eropah (EU) berada di pihak Britain susulan insiden serangan agen saraf pertama di rantau itu sejak Perang Dunia Kedua tercetus. - Agensi