Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

16 Mac 2018

2:52:01 PTG
885938

Australia Bangkit Isu Hak Asasi Dengan Myanmar, Kemboja

Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, beliau akan menyuarakan isu kebimbangan hak asasi manusia dengan pemimpin Myanmar dan Kemboja ketika sidang kemuncak tiga hari Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang bermula hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, beliau akan menyuarakan isu kebimbangan hak asasi manusia dengan pemimpin Myanmar dan Kemboja ketika sidang kemuncak tiga hari Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang bermula hari ini.

Australia menganjurkan mesyuarat khas itu dalam usaha mengukuhkan hubungan politik dan dagangan di rantau itu walaupun ia bukan anggota blok 10 negara berkenaan.

Bishop berkata, Australia serius dalam menimbang sebarang jemputan rasmi menyertai pertubuhan berkenaan.

Ditanya jika pertemuan itu adalah tindak balas langsung terhadap kepentingan China yang semakin memuncak di rantau itu, Bishop berkata, Australia percaya, pertubuhan berkenaan membawa 'keamanan, kestabilan dan keselamatan.'

"Kami tidak melihatnya sebagai peranan menyeimbangkan kuasa di Indo-Pasifik namun mahu berada di tengah-tengah kerjasama dengan negara lain," katanya kepada radio Australian Broadcasting Corp (ABC) sebelum pembukaan sidang kemuncak itu.

China menuntut hampir keseluruhan kawasan Laut China Selatan, laluan dagangan penting yang dipercayai mengandungi kuantiti besar minyak dan gas asli.

Brunei, Malaysia, Vietnam dan Filipina serta Taiwan turut menuntut kawasan laut itu.

Sementara itu, kemasukan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam mesyuarat itu menarik kritikan ke atas kedua-duanya. -Reuters