Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Selasa

20 Mac 2018

7:03:22 PTG
886403

Bunuh Diri Akhirnya...

Juruterbang warga Ukraine yang dituduh Rusia menembak jatuh pesawat MH17, empat tahun lalu, membunuh diri Ahad lalu, menurut media tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Juruterbang warga Ukraine yang dituduh Rusia menembak jatuh pesawat MH17, empat tahun lalu, membunuh diri Ahad lalu, menurut media tempatan.

Kapten Vladyslav Voloshyn, 29, dilaporkan menembak dirinya sendiri di rumahnya di Mykolaiv, selatan Ukraine, berhampiran Laut Hitam.

Memetik laporan BBC, ahli keluarganya dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Voloshyn merasa tertekan. Menurut laporan itu, ketika kejadian ahli keluarganya berada di rumah sementara isterinya mendengar tembakan itu.

Memetik kenyataan Facebook polis Ukraine, BBC berkata, kematian Voloshyn disifatkan sebagai bunuh diri, namun siasatan bakal dilakukan di bawah pembunuhan terancang.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas dalam zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tragedi itu meragut nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Pihak berkuasa menyimpulkan pesawat itu ditembak jatuh mengguna peluru berpandu yang dilancarkan ke udara oleh Rusia. Bagaimanapun, Moscow menafikan menggunakan mana-mana peluru berpandu.

BBC berkata pegawai Rusia mendakwa pesawat yang dipandu Voloshyn menembak jatuh MH17, walaupun Voloshyn mengatakan tuduhan itu tidak benar.

Setelah meletak jawatan dari angkatan tentera udara, Voloshyn ditugaskan di lapangan terbang Mykolaiv.

Dia meninggalkan seorang balu dan dua anak.