Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

21 Mac 2018

5:33:25 PTG
886497

Presiden Myanmar Letak Jawatan

Presiden awam Myanmar, Htin Kyaw meletak jawatan serta merta untuk berehat daripada tugas dan tanggungjawab semasa selepas memegang tampuk pemerintahan selama dua tahun, menurut pejabatnya menerusi Facebook, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden awam Myanmar, Htin Kyaw meletak jawatan serta merta untuk berehat daripada tugas dan tanggungjawab semasa selepas memegang tampuk pemerintahan selama dua tahun, menurut pejabatnya menerusi Facebook, semalam.

"Prosedur akan diambil mengikut Artikel 73 (b) dalam Perlembagaan untuk mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja," jelas kenyataan itu.

Htin Kyaw yang merupakan sekutu rapat, Aung San Suu Kyi dipilih oleh penerima Hadiah Nobel Keamanan terbabit untuk menjadi presiden pada Mac 2016 selepas Perlembagaan yang digubal kerajaan junta tentera melarang wanita itu daripada memegang jawatan tertinggi tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, media tempatan membuat spekulasi tentang keadaan kesihatan Htin Kyaw, 71, yang dilaporkan sedang sakit, namun dinafikan pegawai kerajaan.

Setakat ini, tiada calon segera dikemukakan sebagai pengganti jangka panjang, namun jawatan itu akan dipegang Timbalan Presiden, Myint Swe yang juga bekas jeneral sehingga ia diambil alih presiden baharu.

Dalam perkembangan lain, kerajaan dilaporkan memperketat kawalan sempadannya dengan memasang pagar, menanam periuk api dan menempatkan pasukan tentera bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke negara itu.

Difahamkan, pagar kawat berduri sepanjang lebih 250 kilometer ditanam dalam konkrit diselang seli dengan kubu dan pos tentera.

Bulan lalu, Parlimen meluluskan AS$15 juta (RM59 juta) bagi membina pagar di sempadan dan dua pelarian Rohingya kudung kakinya akibat terkena periuk api. - Agensi