Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

23 Mac 2018

5:19:01 PTG
886703

Penyerang Ditembak Mati

Polis Perancis menembak mati lelaki bersenjata yang menahan tebusan di sebuah pasar raya di bandar Trebes, selatan negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Perancis menembak mati lelaki bersenjata yang menahan tebusan di sebuah pasar raya di bandar Trebes, selatan negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku pada hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek yang menyatakan taat setia kepada Daesh itu adalah warga Maghribi berusia dalam lingkungan 30-an.

"Lelaki tersebut menuntut pembebasan Salah Abdeslam yang merupakan suspek utama dalam serangan Paris pada 2015," jelas jurucakap polis.

Terdahulu, suspek menyerbu masuk ke dalam pasar raya Super U tersebut pada jam 11.15 pagi (waktu tempatan) dan melepaskan beberapa das tembakan.

Dia melaungkan slogan tentang peperangan di Syria dan ‘mewakili’ Daesh.

Sebelum insiden itu, lelaki terbabit dipercayai turut menembak kepala seorang pemandu di Carcassonne sebelum melarikan kenderaan mangsa ke Trebes untuk melancarkan serangan tersebut.

Difahamkan, seorang anggota polis di bandar itu juga dilaporkan cedera ditembak ketika sedang berjoging di kawasan yang terletak kira-kira 15 minit dari Trebes. - Agensi