Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

26 Mac 2018

4:13:14 PTG
887044

A.S Usir 60 Diplomat Russia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan 60 diplomat Russia pulang, susulan insiden seorang bekas perisik diracun di Britain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan 60 diplomat Russia pulang, susulan insiden seorang bekas perisik diracun di Britain.

Jerman, Perancis dan Ukraine turut mengambil langkah sama selain beberapa negara Eropah lain.

Minggu lalu, pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berkata, wujud kemungkinan besar Russia bertanggungjawab meracun Sergei Skripal dan anak perempuannya di selatan England.

Bagaimanapun, Russia menafikan mempunyai kaitan dengan serangan senjata kimia itu.

Menurut agensi berita Reuters, AS dijangka mengarahkan penutupan konsulat Russia di Seattle.

"Pada 4 Mac, Russia menggunakan agen saraf bertaraf ketenteraan untuk cuba membunuh seorang rakyat British dan anak perempuannya di Salisbury.

"Serangan terhadap sekutu kita di Britain ini membahayakan nyawa ramai penduduk lain dan menyebabkan kecederaan terhadap tiga mangsa lain termasuk seorang pegawai polis," kata kenyataan Jabatan Negara AS.

Katanya, serangan melampau itu melanggar Konvensyen Senjata Kimia dan undang-undang antarabangsa. - BBC