Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

27 Mac 2018

4:25:32 PTG
887153

Pelantikan Bolton Sebuah Malapetaka Buat A.S: Jimmy Carter

Presiden A.S Donald Trump mungkin teah melakukan "salah sebuah kesilapan yang paling buruk" sepanjang perkhidmatannya sebagai ketua Rumah Putih dengan melantik John Bolton sebagai penasihat keselamatan kebangsaan pentadbiran beliau, kata bekas Presiden Jimmy Carter.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S Donald Trump mungkin teah melakukan "salah sebuah kesilapan yang paling buruk" sepanjang perkhidmatannya sebagai ketua Rumah Putih dengan melantik John Bolton sebagai penasihat keselamatan kebangsaan pentadbiran beliau, kata bekas Presiden Jimmy Carter.

Dalam temu bual dengan USA TODAY, Carter pada hari Isnin menyifatkan Bolton sebagai "tokoh perang" yang menyokong dasar penuh malapetaka.

"Mungkin salah satu kesilapan terburuk yang dilakukan oleh Presiden Trump sejak dia memegang jawatan adalah pelantikan John Bolton yang sejak dahulu menyokong usaha untuk melancarkan perang ke atas Korea Utara dan Iran. Bolton juga merupakan figur penting yang menyumbang kepada keputusan untuk menyerang Iraq," kata Carter.

Bekas presiden berusia 93 tahun itu memanggil pelantikan tersebut sebagai "bencana untuk negara" A.S.

Presiden Trump mengumumkan pengganti HR McMaster pada Khamis dengan menjadikan Bolton - bekas duta besar AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - sebagai penasihat keselamatan kebangsaannya yang ketiga. Langkah itu dilihat sebagai sebuah rombakan yang mengarah kepada pembentukan pasukan keselamatan kebangsaan yang paling "hawkish" sepanjang sejarah Rumah Putih.

Sebahagian penganalisis mengatakan bahawa pelantikan Bolton sebagai penasihat keselamatan negara A.S menunjukkan bahawa pentadbiran Trump sedang merancang untuk meningkatkan permusuhan ke atas Iran.