Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Khamis

29 Mac 2018

6:17:21 PTG
887449

Abdel Fattah Kekal Presiden Mesir

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, dipilih semula memegang jawatan itu untuk penggal kedua selepas kiraan awal pilihan raya presiden menunjukkan beliau memperoleh 92 peratus undi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, dipilih semula memegang jawatan itu untuk penggal kedua selepas kiraan awal pilihan raya presiden menunjukkan beliau memperoleh 92 peratus undi.

Kira-kira 23 juta daripada 60 juta pengundi berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya tiga hari yang berakhir semalam.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, pencabar tunggal Abdel Fattah yang kurang dikenali, Moussa Mostafa Moussa, juga penyokong presiden, yang tergesa-gesa mendaftar sebelum tarikh tutup pencalonan, menyelamatkan pilihan raya itu daripada kemenangan tanpa bertanding.

Calon lain yang sepatutnya mampu memberi lebih cabaran, tidak dibenarkan bertanding, ditahan atau menarik diri.

Abdel Fattah yang menyingkirkan presiden Mesir pertama dipilih secara bebas, Mohamed Morsi, selepas bantahan besar-besaran pada 2013, menang penggal pertama pada 2014 dengan 96.9 peratus undian.