Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

31 Mac 2018

4:29:54 PTG
887637

4 Remaja Wanita Lancar Serangan Nekad Di Nigeria

Empat pengebom remaja wanita menyebabkan dua maut dalam serangan pelbagai di timur laut Nigeria, kata penduduk hari ini, serangan terbaharu sejak kerajaan mengumumkan rundingan gencatan senjata dengan militan Boko Haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Empat pengebom remaja wanita menyebabkan dua maut dalam serangan pelbagai di timur laut Nigeria, kata penduduk hari ini, serangan terbaharu sejak kerajaan mengumumkan rundingan gencatan senjata dengan militan Boko Haram.

Serangan disyaki dilakukan Boko Haram berlaku lewat semalam di Borno, ibu negeri Maiduguri, pusat utama pemberontakan militan terbabit.

Gadis remaja terbabit dianggarkan berusia antara 13 dan 18 tahun menyerang penempatan Zawuya di pinggir Maiduguri, menyebabkan dua maut, kata penduduk.

"Seorang wanita dan budak lelaki maut dalam empat letupan bunuh diri," kata penduduk Zawuya, Musa Haruna Isa.

Seorang daripada pengebom meletupkan diri ketika cuba memanjat dinding lumpur di luar sebuah rumah yang mula runtuh dan meletupkan tali pinggang bom, menyebabkan budak lelaki maut, kata Isa.

"Seorang daripada mereka meletupkan diri berhampiran sebuah masjid terbuka, mencederakan seorang mangsa," katanya menambah seorang lagi pengebom yang panik akibat letupan rakannya, memicit pemacu, membunuh dirinya.

Bagaimanapun, polis berkata, hanya seorang mangsa maut dalam serangan itu. -AFP