Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

5 April 2018

6:50:51 PTG
888281

Filipina Sedia Terima Pelarian Rohingya

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata hari ini, `genosid' berlaku di Myanmar dan menyatakan kesediaan menerima pelarian Rohingya sambil menegaskan, Eropah juga perlu menghulurkan bantuan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata hari ini, `genosid' berlaku di Myanmar dan menyatakan kesediaan menerima pelarian Rohingya sambil menegaskan, Eropah juga perlu menghulurkan bantuan.

Kira-kira 700,000 penduduk Islam Rohingya lari dari Myanmar selepas operasi tentera di Rakhine pada 25 Ogos tahun lalu.

Duterte dalam satu ucapan di Istana Presiden menyuarakan simpati terhadap nasib pelarian Rohingya dan menyatakan negaranya bersedia menghulurkan bantuan.

"Saya benar-benar bersimpati dengan nasib penduduk di situ. Saya bersedia menerima pelarian Rohingya. Ya dan saya berharap Eropah juga turut melakukan perkara sama," katanya.

Duterte juga mengkritik masyarakat antarabangsa kerana tidak mampu menyelesaikan masalah di Myanmar.

"Isu Rohingya juga tidak dapat mereka selesaikan. Berlaku genosid di sana," jelasnya.

Sementara itu, Myanmar menolak dakwaan berlakunya penghapusan etnik di negara itu dan jurucakap kerajaan, Zaw Htay berkata, komen Duterte tidak mencerminkan keadaan sebenar.

"Beliau tidak tahu apa-apa mengenai Myanmar. Ini adalah sikap biasa individu yang suka bercakap mengenai apa sahaja," tegasnya. - Reuters