Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

7 April 2018

2:20:55 PTG
888464

Texas, Arizona Kerah Tentera Ke Sempadan Mexico

Texas dan Arizona mengumumkan rancangan untuk menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan ke sempadan Mexico selepas Presiden Donald Trump mengerahkan seribu anggota untuk membanteras penyeludupan dadah dan pendatang asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Texas dan Arizona mengumumkan rancangan untuk menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan ke sempadan Mexico selepas Presiden Donald Trump mengerahkan seribu anggota untuk membanteras penyeludupan dadah dan pendatang asing.

Pengawal Kebangsaan Texas berkata ia akan menghantar 250 anggota ke sempadan dalam tempoh 72 jam dan sudah menghantar dua helikopter Lakota, sementara gabenor Arizona berkata akan menghantar 150 anggota minggu depan.

Memo Jabatan Pertahanan berkata, Setiausaha Pertahanan Jim Mattis menandatangani perintah untuk menghantar 'sehingga 4,000 Pengawal Kebangsaan bagi menyokong misi keselamatan sempadan di selatan di bawah arahan dan kawalan gabenor masing-masing hingga 30 September 2018.

Ia berkata, tentera tidak akan melaksanakan kegiatan penguatkuasaan undang-undang tanpa kelulusan setiausaha pertahanan dan hanya akan menggunakan senjata 'untuk mempertahankan diri.'

Mattis dan Setiausaha keselamatan dalam negeri, Kirstjen Nielsen berkata keputusan itu dibuat selepas jabatan mereka mengenalpasti kelemahan keselamatan yang boleh ditangani oleh Pengawal Kebangsaan.

Khamis lalu, Trump berkata penempatan akhir itu akan membabitkan 2,000 hingga 4,000 tentera, dan beliau mungkin akan mengekalkan ramai kakitangan di sempadan sehingga tembok sempadan yang dijanjikan dibina.

Penempatan itu ternyata meningkatkan ketegangan dengan Mexico.

Pengawal Kebangsaan sebelum ini digunakan untuk membantu memantau sempadan selatan, termasuk pada 2010 di bawah bekas presiden Barack Obama, dan dari 2006 hingga 2008 di bawah George W. Bush.

Kedua-dua penempatan itu hanya terhad selama setahun. - AFP