Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

24 April 2018

5:53:00 PTG
890744

Van Rempuh Pejalan Kaki, 10 Maut

Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 15 cedera apabila sebuah van putih merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki sibuk di Toronto, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 15 cedera apabila sebuah van putih merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki sibuk di Toronto, semalam.

Timbalan Ketua Toronto, Peter Yuen berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) ketika kebanyakan pekerja sedang berehat makan tengah hari.

Kira-kira tujuh mangsa cedera dihantar ke pusat trauma di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Sunnybrook.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan suspek dikenali sebagai Alek Minassian, 25, telah ditahan pihak berkuasa.

Siasatan awal polis mendapati Minassian sengaja melakukan rempuhan tersebut.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika menteri kabinet dari negara industri utama berkumpul di Kanada untuk membincangkan pelbagai isu antarabangsa menjelang sidang kemuncak G7 berhampiran bandar Quebec pada Jun depan. - Agensi