Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

24 April 2018

5:56:01 PTG
890746

Komander Kanan Daesh Dari Indonesia Maut Di Syria

Pihak berkuasa Indonesia sedang melancarkan penyiasatan mengenai laporan penyokong Daesh yang menyebut seorang komander paling kanan dari Asia Tenggara terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Syria, hujung minggu lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Indonesia sedang melancarkan penyiasatan mengenai laporan penyokong Daesh yang menyebut seorang komander paling kanan dari Asia Tenggara terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Syria, hujung minggu lalu.

Menurut pegawai antipengganas, mesej propaganda Daesh yang dilihat Reuters menyebut Bahrumsyah, seorang warga negara Indonesia maut selepas terkena bedilan di Hajin, di bahagian utara bandar Abu Kamal, Selasa lalu.

Seorang jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata kedutaan di Syria sudah membuat pertanyaan, namun belum dapat mengesahkan kematian Bahrumsyah.

Dua pegawai antipengganas Indonesia yang enggan nama mereka disiarkan, berkata mereka memandang serius laporan dalam talian itu.

"Kami dalam proses penyiasatan," kata seorang pegawai kanan agensi antipengganas Indonesia,

Beliau menambah, jika berita itu benar ia akan menjadi satu motivasi untuk melakukan serangan balas di Indonesia. -Reuters