Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Sabtu

28 April 2018

4:35:32 PTG
891262

8 Wanita Disahkan Mangsa Rempuhan Van Di Toronto

Lapan wanita, termasuk seorang ibu tunggal dan moyang adalah antara 10 pejalan kaki yang maut dalam insiden dirempuh sebuah van di Toronto, baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lapan wanita, termasuk seorang ibu tunggal dan moyang adalah antara 10 pejalan kaki yang maut dalam insiden dirempuh sebuah van di Toronto, baru-baru ini.

“Mangsa yang maut berusia antara 22 hingga 94 tahun, termasuk seorang lelaki rakyat Jordan yang melawat anak lelakinya, penyanyi di Orkestra Arab Kanada dan pelajar warga Korea Selatan yang menuntut di negara ini.

“Semua mangsa sudah dikenal pasti dan ahli keluarga sudah dimaklumkan mengenainya,” kata pegawai polis, Inspektor Bryan Bott pada sidang media, di sini.

Sebelum ini, polis mengumumkan bahawa mereka sudah memperoleh rakaman kamera pemantauan insiden, termasuk video yang dirakamkan oleh orang ramai, selain merampas pelbagai barang dari rumah suspek, Alek Minassian, 25, serta sudah menemubual 170 saksi.

Minasssian bakal dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei ini untuk permohonan jaminan, selepas didakwa atas 10 tuduhan membunuh, sehari selepas kejadian itu.