Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

30 April 2018

5:42:30 PTG
891547

PBB Perlu Desak Myanmar Ambil Balik Rohingya - PM Bangladesh

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Myanmar mengambil balik ratusan ribu pelarian Muslim Rohingya yang menyelamatkan diri daripada operasi kejam tentera dengan berlindung di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Myanmar mengambil balik ratusan ribu pelarian Muslim Rohingya yang menyelamatkan diri daripada operasi kejam tentera dengan berlindung di negara itu.

Kumpulan wakil Majlis Keselamatan mengunjungi Hasina di ibu negara Bangladesh, Dhaka sebelum melawat Myanmar untuk mengadakan mesyuarat dengan pemimpin kerajaannya, Aung San Suu Kyi dan Ketua Komander Tentera, Min Aung Hlaing lewat hari ini.

"Mereka patut meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Myanmar supaya mengambil balik rakyat mereka. Itu tuntutan kami," kata Hasina kepada pemberita.

Lawatan kumpulan wakil Majlis Keselamatan untuk melihat sendiri kesan operasi ketenteraan Myanmar di negeri Rakhine sekali lagi menarik perhatian dunia terhadap krisis itu yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik Muslim Rohingya.

Myanmar menafikan tuduhan itu dengan berkata, tentera menjalankan operasi anti pemberontak yang sah.

Serangan pemberontak Rohingya terhadap pos keselamatan di negeri Rakhine pada Ogos lalu mencetuskan operasi ketenteraan itu, menurut PBB dan kumpulan hak asasi sehingga menyebabkan hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh. - Reuters