Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

1 Mei 2018

5:25:46 PTG
891655

Puluhan Orang Awam Maut Serangan Bom Militan

Puluhan jemaah sebuah masjid dan pengunjung pasar di timur laut Nigeria maut dalam dua letupan berasingan hari ini, dipercayai didalangi militan Boko Haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan jemaah sebuah masjid dan pengunjung pasar di timur laut Nigeria maut dalam dua letupan berasingan hari ini, dipercayai didalangi militan Boko Haram.

Insiden itu berlaku pada jam 1.20 petang waktu tempatan di Mubi, sebuah bandar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri Adamawa, Yola.

Jurucakap polis negeri Adamawa, Othman Abubakar berkata, jumlah kematian rasmi direkodkan setakat ini ialah 24 orang namun sumber-sumber lain memberikan jumlah yang lebih tinggi.

Pekerja penyelamat, Sani Kakale berkata, 42 mayat telah dibawa ke hospital manakala 68 lagi cedera dalam serangan itu.

Sumber di Hospital Besar Mubi pula memberitahu, mereka setakat ini telah menerima 37 mayat dan puluhan mangsa tercedera, kebanyakannya berada dalam kritikal.

Serangan terbabit dipercayai dilakukan militan Boko Haram yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan Islam ekstrim di timur laut Nigeria dan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20,000 kematian sejak tahun 2009.

Mubi sering dijadikan sasaran serangan Bolo Haram sejak rantau itu dikuasai militan berkenaan bermula akhir tahun 2014. - AFP