Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

13 Mei 2018

6:18:19 PTG
893328

AS Ketat Kawalan Keselamatan

Amerika Syarikat (AS) meningkatkan kawalan keselamatan di kesemua kedutaannya di Timur Tengah sempena upacara pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis, esok.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) meningkatkan kawalan keselamatan di kesemua kedutaannya di Timur Tengah sempena upacara pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis, esok.

Tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga ekoran risiko peningkatan keganasan sebagai tindak balas kepada keputusan tersebut.

AS turut dilapor menghantar tentera marin ke beberapa kedutaannya bagi menangani sebarang ancaman.

Sementara itu, portal berbahasa hebrew, Ynet dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa Israel telah mengarahkan beribu-ribu anggota polis beruniform dan polis sempadan untuk berkawal di seluruh Baitulmaqdis.

Katanya, beberapa anggota polis turut ditugaskan bagi mengawal dan menjaga keselamatan kesemua tetamu yang di undang ke majlis pembukaan itu, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke-70 penubuhan negara haram Yahudi, Israel.

Presiden Donald Trump pada Disember lalu mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan dunia Islam serta bantahan besar-besaran di Palestin. - Press TV