Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

18 Mei 2018

6:54:39 PTG
893993

Lebih Lapan Terbunuh Dalam Tembakan Di Sekolah Tinggi Santa Fe

Antara lapan hingga 10 individu terkorban dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Texas, kata seorang sherif.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Antara lapan hingga 10 individu terkorban dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Texas, kata seorang sherif.

Sherif Ed Gonzalez memberitahu satu taklimat berita bahawa majoriti yang terbunuh di Sekolah Tinggi Santa Fe tersebut adalah pelajar.

Seorang pelajar berada dalam tahanan selepas serangan di sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 65 kilometer di selatan Houston, lapor BBC.

Sekolah daerah tersebut mengesahkan bahawa orang ramai telah tercedera dalam insiden ‘penembak aktif’ apabila kelas bermula.

Sherif Ed Gonzales menerusi Twitternya berkata bahawa seorang individu berada dalam tahanan selain seorang lagi telah ditahan.