Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

21 Mei 2018

5:44:28 PTG
894392

Iran Gesa Semua Pihak Hormati Keputusan Pilihan Raya Venezuela

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi menyeru pihak asing untuk menghormati suara rakyat Venezuela dalam pilihan raya presiden negara tersebut dan menyokong kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Caracas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi menyeru pihak asing untuk menghormati suara rakyat Venezuela dalam pilihan raya presiden negara tersebut dan menyokong kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Caracas.

"Menghormati pilihan raya dan keputusannya di sebalik tekanan dan ancaman kuasa asing dan sekatan mereka merupakan sebuah kejayaan besar dan kemenangan proses demokratik di Venezuela sama ada di peringkat kerajaan ataupun warganya," kata Qassemi pada hari Isnin.

Beliau sekali lagi menyatakan solidariti Republik Islam dengan kerajaan dan warga Venezuela dan menyatakan kesediaan Tehran untuk mengukuhkan lagi hubungan bi-lateral dengan negara Amerika Latin itu.