Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

26 Mei 2018

7:05:08 PG
894989

Dewan A.S Larang Trump Lancarkan Perang Ke Atas Iran Tanpa Kebenaran Kongres

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah sebulat suara meluluskan sebuah pindaan undang-undang yang akan menghalang Presiden Donald Trump daripada mengisytiharkan perang ke atas Republik Islam Iran tanpa persetujuan Kongres terlebih dahulu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah sebulat suara meluluskan sebuah pindaan undang-undang yang akan menghalang Presiden Donald Trump daripada mengisytiharkan perang ke atas Republik Islam Iran tanpa persetujuan Kongres terlebih dahulu.

Pindaan undang-undang bipartisan itu memperolehi restu daripada dewan tersebut pada hari Rabu. Perkara itu difahamkan telah menjadi sebahagian daripada Akta Kebenaran Pertahanan Kebangsaan A.S 2019.

Pindaan yang diperkenalkan oleh Wakil Parti Demokrat, Keith Maurice Ellison dan disokong oleh beberapa perwakilan Demokratik yang lain serta beberapa ahli dewan daripada Parti Republikan, menyatakan dengan jelas kepada semua pihak bahawa tiada sebarang undang-undang yang memberi kuasa penuh kepada presiden untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam Iran.

Pengumuman itu datang dua minggu selepas Washington secara sepihak bertindak menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran yang secara rasminya dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Perjanjian itu ditandatangani di antara Iran dan kumpulan 5+1 yang turut merangkumi Washington pada tahun 2015. Langkah itu dianggap sebagai banyak pengisytiharan perang terhadap Tehran oleh sesetengah pihak.