Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

3 Jun 2018

6:42:21 PG
896058

Indonesia Tahan 3 Suspek Pengganas

Polis antikeganasan Indonesia menahan tiga bekas pelajar dalam serbuan ke atas sebuah kampus universiti di Pekanbaru, pulau Sumatera serta merampas bom mentah dan bahan letupan lain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis antikeganasan Indonesia menahan tiga bekas pelajar dalam serbuan ke atas sebuah kampus universiti di Pekanbaru, pulau Sumatera serta merampas bom mentah dan bahan letupan lain.

Jurucakap polis Setyo Wasisto dalam satu kenyataan berkata, suspek lelaki terbabit dipercayai merancang serangan ke atas Parlimen tempatan di Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau.

Setyo berkata, ketika serbuan ke atas sebuah fakulti di Universiti Riau semalam, polis menjumpai bom paip, bom tangan buatan serta bahan letupan jenis triaseton triperoksida (TATP), juga dikenali 'ibu Syaitan'.

Katanya, mereka turut merampas sepucuk senapang angin, set panah dan anak panah serta bahan lain seperti baja digunakan untuk membuat bom.

Pihak berkuasa menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan semangat radikalisme di universiti di negara majoriti penduduk Islam dunia itu. -Reuters