Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Isnin

4 Jun 2018

4:17:41 PTG
896250

Zakir Naik Tak Terlepas Jika Lakukan Kesalahan

Putrajaya hari ini memberi amaran Dr Zakir Naik tidak akan terlepas undang-undang sekiranya melakukan kesalahan, tetapi enggan mengulas pendirian kerajaan mengenai usaha pihak berkuasa India membawa pulang penceramah itu untuk disoal mengenai kesalahan pengubahan wang dan keganasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Putrajaya hari ini memberi amaran Dr Zakir Naik tidak akan terlepas undang-undang sekiranya melakukan kesalahan, tetapi enggan mengulas pendirian kerajaan mengenai usaha pihak berkuasa India membawa pulang penceramah itu untuk disoal mengenai kesalahan pengubahan wang dan keganasan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Zakir yang mempunyai taraf penduduk tetap tertakluk kepada undang-undang.

Zakir yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 daripada kerajaan Barisan Nasional disiasat pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan jenayah berkaitan keganasan.

Zakir disiasat di India di bawah Akta Kegiatan Menyalahi Undang-Undang (Pencegahan) atas tuduhan menghasut belia melakukan keganasan dan menyertai kumpulan pengganas global seperti IS.

Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada New Delhi untuk menghantar pulang Zakir.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan jawatankuasa bagi menguruskan isu penduduk negara ini yang mengalami masalah kerakyatan, yang akan dipengerusikan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.