Dalam kejadian jam 7.40 pagi waktu tempatan, seorang pengawal keselamatan, Mail Salleh, ditembak mati ketika menunggang motosikal ke tempat kerja di sebuah sekolah di Kampung Klong Hin, daerah Khokpo di Pattani.

Sementara itu di Yala, seorang awam cedera ditembak ketika berada di hadapan sebuah stesen minyak di daerah Muang pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, kata Ketua Polis Yala, Mej. Jen. Krissada Jandee.

Beliau berkata, dalam kejadian lain, seorang penoreh getah, yang juga merupakan penolong ketua Kampung Kasang di daerah Bannang Setar, cedera parah selepas terpijak bom ketika menoreh getah kira-kira jam 6.30 pagi (waktu tempatan).

Ini merupakan kejadian kelima melibatkan penoreh getah dalam tempoh seminggu. - BERNAMA