Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

11 Julai 2018

4:37:24 PG
901268

Rejim Israel Tahan Flotila Kemanusiaan Gaza

Beberapa kapal perang Israel dilaporkan telah menghentikan flotilla kemanusiaan yang berlepas dari Gaza ke Cyprus dalam rangka memecahkan pengepungan 11 tahun rejim ke atas kawasan pantai wilayah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa kapal perang Israel dilaporkan telah menghentikan flotilla kemanusiaan yang berlepas dari Gaza ke Cyprus dalam rangka memecahkan pengepungan 11 tahun rejim ke atas kawasan pantai wilayah itu.

Tentera Israel di dalam sebuah kenyataan berkata bahawa sebuah bot berserta dengan lapan orang yang berada di dalamnya telah dihalang daripada melanggar sekatan laut rejim pada hari Selasa, sambil menambah bahawa Israel akan terus menguatkuasakan sekatan itu.

"Selepas bot dan warga Palestin diselidik, bot itu akan ditarik ke pangkalan tentera Israel yang terletak di Ashdod," baca kenyataan itu.

"Pihak tentera turut mengerahkan pasukan perubatan (tentera) untuk memberikan rawatan kepada warga Palestin yang memerlukan bantuan perubatan," katanya.

Terdahulu, penganjur flotila kemanusiaan berkata bahawa mereka kehilangan komunikasi dengan salah satu daripada bot mereka selepas belayar sejauh 10 batu nautika dari pantai. Sekatan Israel membenarkan tentera rejim untuk menahan kapal hingga ke enam batu nautika dari sekeliling pantai Gaza.

Status baki bot yang menyertai flotila itu masih belum jelas.

Pada 29 Mei lepas, sebuah flotila berasingan yang terdiri daripada sebuah bot utama dan diiringi oleh bot-bot kecil telah berlayar dari perairan Gaza, untuk memecahkan kepungan rejim dalam rangka membawa pesakit warga Palestin mendapatkan rawatan di luar Gaza - kebanyakan pesakit itu mengalami kecederaan yang diakibatkan oleh tentera rejim Israel ketika menyertai tunjuk perasaan menentang pendudukan Israel ke atas bumi Palestin.

Flotila itu ditahan dengan pantas dan dirampas oleh tentera laut rejim Israel. 17 aktivis Palestin yang berada di atas kapal juga ditahan.

Di dalam perkembangan berbeza, gabungan "Flotilla Freedom" juga telah menghantar kapal mereka ke Gaza yang juga bertujuan untuk memecahkan pengepungan Israel ke atas kawasan pantai wilayah itu. Kapal itu telah belayar sejauh ribuan kilometer dari pelabuhan Scandinavia dan dilaporkan berada berhampiran dengan Corsica pada 8 Julai lepas.

Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007. Pengepungan itu telah menyebabkan penurunan mendadak dalam taraf hidup serta pengangguran dan kemiskinan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di wilayah tersebut. Menurut PBB, kawalan ketat tersebut mengancam kelangsungan wilayah itu danmenjadikannya tidak boleh didiami menjelang tahun 2020.

Pada hari Isnin, Israel menyekat satu-satunya pintu masuk di antara wilayah itu dengan tanah jajahan rejim sekaligus menghalang kemasukan barang kerpeluan ke Gaza.