Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

14 Julai 2018

2:07:48 PTG
901698

A.S Mahu Aktivis Anti-Islam Dilayan Baik

Duta khas Amerika Syarikat (AS) bagi kebebasan beragama, Sam Brownback melobi supaya bekas pemimpin nasionalis Liga Pertahanan Inggeris (EDL), Tommy Robinson dilayan dengan baik di penjara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta khas Amerika Syarikat (AS) bagi kebebasan beragama, Sam Brownback melobi supaya bekas pemimpin nasionalis Liga Pertahanan Inggeris (EDL), Tommy Robinson dilayan dengan baik di penjara.

Difahamkan, Brown telah mengemukakan cadangan itu kepada Duta Besar Britain ke AS, Sir Kim Darroch dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Brownback memberitahu Darroch bahawa jika Robinson tidak dilayan dengan adil, pentadbiran Presiden Donald Trump akan mengkritik kerajaan Britain kerana gagal menangani kes tersebut dengan baik," menurut sumber rapat Darroch. - Reuters