Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

18 Julai 2018

6:22:34 PTG
902215

Google Didenda RM20 Bilion Guna Android

Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda berjumlah AS$5.04 bilion (RM20 bilion) hari ini, tertinggi dalam rekod kerana menggunakan sistem operasi Android secara tidak sah untuk mengukuhkan penguasaan enjin pencariannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda berjumlah AS$5.04 bilion (RM20 bilion) hari ini, tertinggi dalam rekod kerana menggunakan sistem operasi Android secara tidak sah untuk mengukuhkan penguasaan enjin pencariannya.

"Google menggunakan Android sebagai cara mengukuhkan penguasaan enjin pencariannya.

"Tindakan ini adalah dilarang menurut peraturan persaingan Kesatuan Eropah," kata Pesuruhjaya Persaingan EU, Margrethe Vestager said in a statement.

Blok itu turut memberikan tempoh 90 hari kepada Google untuk menghentikan penggunaan Android atau berhadapan denda lebih tinggi.

Sementara itu, Google dalam kenyataan berkata akan mengemukakan rayuan berhubung denda berkenaan. - AFP/Reuters