Lapor al-Jazeera, sekatan itu akan dijalankan dalam dua fasa.

Beberapa syarikat seperti GE dan Honeywell yang beroperasi di Iran adalah antara yang terpaksa menarik balik pelaburan mereka kerana sekatan itu.

Selain itu, beberapa syarikat asing seperti firma tenaga Perancis iaitu Total juga memulakan operasi di Iran selepas termeterainya perjanjian terbabit.

Namun disebabkan mereka turut berada dalam pasaran AS, maka syarikat tersebut juga terpaksa menarik diri atau terpaksa berdepan dengan denda oleh kerajaan AS.