Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

10 Ogos 2018

1:35:01 PTG
904918

Sekatan Semula Ke Atas Iran Bawa Implikasi Destruktif: Rusia

Rusia sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat berikutan tindakan Washington memperkenalkan semula sekatan unilateralnya terhadap Iran selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear pelbagai hala tahun 2015. Rusia menggambarkan tindakan itu sebagai sebuah "langkah destruktif" yang akan menganggu kestabilan rantau Timur Tengah yang kini sudahpun berada di dalam keadaan tidak menentu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat berikutan tindakan Washington memperkenalkan semula sekatan unilateralnya terhadap Iran selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear pelbagai hala tahun 2015. Rusia menggambarkan tindakan itu sebagai sebuah "langkah destruktif" yang akan menganggu kestabilan rantau Timur Tengah yang kini sudahpun berada di dalam keadaan tidak menentu.

Di dalam sebuah persidangan akhbar pada hari Khamis, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakhariva, berkata "Hala tuju Washington untuk menggagalkan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai program nuklear Iran serta mengenakan semula tekanan penuh melalui sekatan adalah perkara yang benar-benar destruktif," katanya yang merujuk kepada perjanjian nuklear Iran tersebut dengan nama rasminya.

Selepas meninggalkan JCPOA pada bulan Mei, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada hari Selasa mengembalikan semula sekatan unilateral yang mensasarkan kemampuan pembelian dolar A.S oleh Iran dolar, perdagangan emas dan logam berharga serta sektor automotifnya. Sekatan kedua daripada sebuah siri sekatan A.S pula akan menyasarkan sektor eksport minyak dan perkapalannya. Sekatan itu dijangka akan dikuatkuasakan pada November ini.

Presiden Amerika Syarikat juga mengancam firma-firma yang enggan menghentikan hubungan perniagaan mereka dengan Iran ketika kembali rejim sekatan A.S itu bermula semula.

Langkah Washington tersebut menarik kritikan daripada Rusia, China dan beberapa negara Eropah iaitu Perancis, Britain dan Jerman yang turut menjadi penandatangan kepada JCPOA.

Kesatuan Eropah sebelum ini dengan segera telah mengeluarkan satu kenyataan dalam usaha mempertahankan kesepakatan bersejarah itu sambil berikrar untuk melawan sekatan Amerika dan melindungi firma mereka yang bekerja dengan Iran secara sah dan mengikut acuan normal.

Blok 28 buah negara itu turut mengaktifkan "undang-undang menghalang" yang bertujuan untuk mengurangkan kesan langkah sekatan Amerika Syarikat terhadap firma Eropah yang aktif berniaga secara sah di dalam pasaran Iran. Kesatuan itu juga memberi amaran bahawa firma yang memilih untuk mematuhi larangan Washington mungkin akan dikenakan sekatan oleh mereka.

Lebih lanjut Zakharova berkata langkah-langkah pentadbiran Trump itu akan mendatangkan kesan dan "akibat jangka panjang yang menyedihkan bagi sistem pelucutan [senjata pemusnah besar-besaran] global dan akan memberikan dorongan kepada ketidakstabilan di rantau Timur Tengah."

Kementerian Luar Rusia pada hari Selasa -iaitu sejurus selepas A.S memperkenalkan semula sekatan ke atas Tehran- telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik tindakan Washington yang menurut mereka telah melanggar Rsolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB yang menyatakan sokongan ke atas perjanjian nuklear Iran.

"Kami mengutuk sebarang sekatan unilateral dyang menghalang kesepakatan sedia ada Majlis Keselamatan PBB... seperti sekatan A.S ketika ini terhadap Iran," baca kenyataan itu.

Rusia juga telah berikrar untuk memperkuat hubungannya dengan Iran dalam semua sektor memandangkan A.S telah meninggalkan perjanjian tersebut dan memilih untuk mmeningkatkan semula tekanan ekonomi ke atas Republik Islam itu.

Vladimir Yermakov, Ketua Pengarah Jabatan Pengawasan dan Pengawalan Senjata di Kementerian Luar Negeri Rusia, telah mengatakan pada awal Mei lepas bahawa dengan tindakan A.S yang meninggalkan kesepakatan JCPOA "perkara mungkin akan menjadi lebih mudah di dalam perbatasan ekonomi karena kami tidak akan lagi memiliki batas kerjasama ekonomi dengan Iran."

Switzerland Kesal Dengan Pembaharuan Sekatan Amerika Syarikat Ke Atas Iran

Sementara itu, Switzerland pada hari Khamis menyuarakan rasa kesal terhadap "situasi yang semakin memburuk" selepas pembaharuan tekanan ekonomi Washington terhadap Tehran.

Mereka turut mencadangkan firma Switzerland untuk meneruskan hubungan perniagaan mereka dengan Republik Islam di sebalik larangan A.S tersebut.